P115 Batu

P Prabakaran
-

CALON-CALON PRU15
ANALISA
[Dateline: 18, November 2022] Keputusan berpihak kepada P Prabakaran, yang masih berumur 26 tahun dan ketua cabang PKR Batu. Tetapi peratusan undi akan jatuh dan dijangka ditempat kedua, calon bebas Tian Chua. Juga pada masa yang sama enam daripada sepuluh calon dijangka hilang wang deposit. Sokongan PH/PKR di kawasan kuat sejak 2008, namun kemasukan Tian sebagai calon bebas akan merugikan parti dalam pertandingan ini. Tetapi tidak ada calon dari parti lain yang boleh menggunakan kesempatan ini untuk memenangi kerusi ini.
[Dateline, 5 Nov, 2022] Kerusi dengan bilangan calon paling ramai di PRU15, sepuluh. Dari calon lama, musuh baru kepada selebriti media sosial.
P. Prabakaran bukan sahaja penyandang tetapi MP termuda untuk penggal 2018-2022. Ramai lupa yang Prabakaran berusia tiga tahun lebih muda daripada Presiden parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pencabar utama Prabakaran untuk pilihan raya ini adalah Tian Chua, bekas pemimpin PKR yang bakal dipecat dari partinya kerana berani lawan perintah parti dan meletakkan diri sebagai calon.
Pada 2018, dijangka Prabakaran sebagai calon bebas akan kalah teruk. Tetapi apabila pencalonan Tian Chua ditolak oleh SPR pada hari penamaan calon, Tian Chua dan PKR memilih Prabakaran sebagai calon ganti. Tian Chua bertungkus-lumus untuk memastikan undi penyokong-penyokong parti sampai ke calon bebas. Prabakaran menang, tetapi dalam beberapa tahun, anak murid bertukar menjadi pencabar kepada peranan Tian Chua di Batu. Pada pemilihan parti tahun ini, Tian dikalahkan oleh Prabakaran yang kini Ketua Cabang PKR Batu.
Pertandingan utama di Batu akan melibatkan murid dengan cikgu, Prabakaran dan Tian Chua.
Sementara itu, PAS meletak calon yang sama dari 2018 Azhar Yahya yang pada masa tersebut mengutip lebih daripada 10k undi. Dengan peningkatan pengundi akibat Undi18, Azhar dijangka menerima bilangan undi lebih tinggi tetapi tidak lebih daripada 20k.
Manakala MIC menyebabkan kekecohan di kem BN apabila memaksa pemilihan Kohilan Pillay, bekas timbalan menteri luar negara, dan bukan calon pilihan MCA. Sejak kerusi Batu wujud, Gerakan bertanding bagi BN, dan sejak parti itu keluar dari BN, dijangka parti bangsa Cina kedua dalam gagasan, MCA, akan mendapat kerusi ini.
Kekecohan ini akan memberi impak kepada prestasi calon MIC, Kohilan.
Selain calon PKR, PAS, MIC-BN dan Tian, semua calon lain termasuk Siti Kasim dan Cleopatra dijangka hilang deposit.

Tian Chua
Bekas Ahli Parlimen Batu (2008-2013)
Bekas Naib Presiden PKR
Bekas Ketua Cabang PKR Batu

A Kohilan Pillay
Naib Presiden MIC
Bekas Timbalan Menteri Luar Negara

Too Gao Lan
-

Nur Fathiah Syazwana @ Cleo
Memimpin HAWA (Hetero Action Women Alliance)
Pengarah Syarikat Raffles Force

Siti Kasim
Pemimpin dan pengasas Gerak Maju
Peguam
Aktivis untuk masyarakat org Asli

Azhar Yahya
Lulusan Universiti Al-Azhar
Timbalan Ketua Cawangan PAS Sentul Utama

Wan Azliana Wan Adnan
Peguam
Pengerusi Rasuah Busters Selangor dan WP

Zulkifli Fattah
-

Naganathan Pillai
-
MEDIA SOSIAL CALON
ISU KAWASAN

Sentul dan Batu
Perumahan dan pemilikan tanah selalu dibentangkan, khususnya dengan adanya perkembangan-perkembangan berkait dengan pembandaran Sentul Baru.