top of page

P96 Kuala Selangor

Penyandang.jpg
PENYANDANG

Dzulkefly Ahmad

Bekas Menteri Kesihatan

PhD Toxicology dari Imperial College, UK

    P96 Kuala Selangor.jpg

    CALON-CALON PRU15

    ANALISA

    [DATELINE: 18 NOVEMBER, 2022] Pertandingan paling sengit di Selangor. Sebagai menteri kewangan, Zafrul adalah antara muka yang paling dikenali di Malaysia, dan kekuatan PH di Selangor akan bertembung dengan "poster boy" Umno. Malah sekiranya, Zafrul menang, ini akan menandakan kemaraan Umno dengan kepimpinan baru di Selangor. Dzulkefly pernah kalah disini pada 2013 dan adanya lawan PAS boleh mengkikis sokongan untuk mana-mana calon Amanah. Too close to call. KUASA pilih Dzulkefly.

    [DATELINE, 10 November, 2022] Bekas Menteri Kesihatan lawan Menteri Kewangan.  Kedua-dua kelulusan UK, tetapi Dzulkefly mempunyai sejarah lama dalam politik sejarah zaman reformasi 98, dan Tengku Zafrul ditarik masuk kedalam politik apabila diminta menjadi menteri kewangan oleh PM Muhyiddin pada Mac 2020. 

     Dzulkefly memenangi kerusi ini untuk kali pertama pada 2008. Kemudian pada 2013 kalah kepada Irmohizam Ibrahim sebelum balas dendam ke atas Irmohizam pada 2018. Yang penting kedua-dua pertandingan lawan Umno, menampakkan pertandingan sengit. 

    Tengku Zafrul adalah jenis yang "high achiever" dan akan mengambil tanggungjawab untuk menang pertandingan ini menggunakan semua skil yang ada. Gambar-gambar Tengku Zafrul mendekati masyarakat, dari menukar minyak hitam motosikal ke memasak bersama rakyat tular di socmed.

    Dzulkefly lebih kepada sikap introvert dan akademik, sememangnya apabila latarbelakangnya lebih kepada kaji selidik dan penulisan ilmiah.

    Sekali lagi track record Pakatan di Selangor mungkin akan membantu Dzulkefly untuk mengalahkan Tengku Zafrul di kerusi ini. Besar kemungkinan pemenang hanya mendapat lebih daripada 40% undian.

    Calon 1.jpg
    UMNO-BN

    Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

    Menteri kewangan

    Bekas CEO CIMB

    Bekas pelajar Malay College Kuala Kangsar

      Calon 2.jpg
      PAS-PN

      Mohd Noor Mohd Sahar

      YDP PAS Kuala Selangor

        Calon 3.jpg
        Pejuang-GTA

        Mohd Shaid Rosli

        ADUN Jeram, Selangor

          MEDIA SOSIAL CALON

          RUANG DISKUSI

          bottom of page