
Nik Nazmi Nik Ahmad
Setiausaha Kerja PKR,
Bekas ADUN Seri Setia

P118 Setiawangsa
Keluasan Kawasan - 16KM Persegi
Bil. Daerah Mengundi - 17
CALON-CALON PRU15
ANALISA
[DATELINE: 18 November, 2022] Sangat sukar untuk ditentukan. Harus diingati sejak kerusi ini diwujudkan, sentiasa dimenangi oleh Umno-BN kecuali pada 2018. Pada masa itu Pakatan dan Bersatu bekerjasama. Kini sokongan terpecah dan ini adalah kerusi dengan banyak undi tentera/polis. Dengan dua faktor ini, Nik Nazmi akan terpaksa memberi laluan kepada Izudin.
[DATELINE: 11, November 2022] Tidak akan mengejutkan sekiranya Nik Nazmi Nik Ahmad kalah di kerusi "sekuriti". Setiawangsa menjadi hos untuk kem polis dan tentera, maka dengan itu bilangan undi pos adalah tinggi, 29% pada 2018.
Sejak dibentuk pada 2004 dimenangi oleh Umno-BN, kecuali pada 2018 berikutan gelombang sokongan untuk pembakang, mana Nik Nazmi menang dengan 56% undi.
Izudin Ishak, ketua bahagian Umno Setiawangsa mempunyai peluang paling cerah, khususnya dengan Umno-BN memerintah semula negara sejak 2021.
Peluang Nik Nazmi berpaut kepada undi Melayu terbahagi antara dia, Izudin dan calon-calon Bersatu-PN dan Pejuang-GTA (Nurul Fadzilah Kamaluddin dan Bibi Sunita) dan menang dengan peratusan undi rendah tetapi lebih tinggi daripada lawan-lawannya.
Nurul adalah bekas pengacara TV Hijrah dan mungkin lebih dikenali oleh pengundi muda, dan ini mungkin the "game-changer.
Namun tidak boleh dilupakan, Pakatan masih mempunyai tarikan bagi pengundi-pengundi Cina dan India. Tetapi soalnya adakah mereka akan turun mengundi pada peratusan tinggi?
Kedua-dua calon bebas dijangka hilang wang deposit.

Izudin Ishak
Ketua Umno Setiawangsa, Pengarah eksekutif Yayasan Pencinta

Stanley Lim Yen Tiong
-

Nurul Fadzilah Kamaluddin
Bekas pengacara Al-Hijrah.
Aktivis

Mejar Mior Rosli TUDM (B)
-

Bibi Sunita
-
MEDIA SOSIAL CALON
ISU KAWASAN

Undi Awal
Undi Penjawat Sekuriti (polis dan tentera)
ANALISA ISU-ISU TEMPATAN
Undi Pejawat Sekuriti
Setiawangsa, lokasi untuk pusat Latihan polis Pulapol dan juga Kementerian Pertahanan. Selalunya undi, pejawat dan ahli keluarga. Pada 2018, terdapat lebih daripada 17 ribu undi awal, antara yang tertinggi di Malaysia, yang dijangka hampir semua melibatkan segmen ini.
SEJARAH KEPUTUSAN UNDI

FAKTA RINGKAS
