P119 Titiwangsa
Terletak di bahagian Timur Kuala Lumpur dan bersempadanan dengan Negeri Selangor dibahagian Barat
Bersebelahan Parlimen Setiawangsa di Utara, Parlimen Bukit Bintang di Barat dan Parlimen Cheras di Selatan
Keluasan Kawasan - 15KM Persegi
Bil. Daerah Mengundi - 20

Rina Haron
Menteri Wanita dan Keluarga,
Ketua Wanita Bersatu

CALON-CALON PRU15
ANALISA
[DATELINE: 11, November 2022] Ini adalah kali ketiga Johari Ghani bertanding di Titiwangsa. Menang sekali, kalah sekali dan pada masa ini "frontrunner" untuk kerusi parlimen Kuala Lumpur ini, yang melibatkan empat calon.
Selain daripada sememangnya dia anak jati kawasan, Johari juga memiliki kelulusan akademik tinggi bersama dengan karier profesional yang berjaya. Dan sebelum ini menteri kewangan yang dihormati oleh golongan korporat.
Kalah tipis pada 2018 kepada Rina Haron, yang kini bertanding di Sepang. Johari mengumpul lebih daripada 45% undian pada 2018, dan ramai menyatakan sukar untuk mengalahkannya.
Parti Amanah membuat kejutan apabila menghantar Khalid Samad, MP tiga penggal di Shah Alam ke Titiwangsa. Khalid juga mantan menteri Wilayah Persekutuan, bermaksud banyak terlibat dengan isu-isu kawasan, khususnya perkembangan di Kampung Baru.
Namun Khalid mungkin bermasalah yang calon PN untuk kerusi adalah dari PAS. Amanah dan parti asal mereka, PAS, sentiasa dilihat cuba mendapatkan pengundi yang sama. Dan PAS meletakkan Timbalan Ketua Dewan Muslimat Dr Rosni Adam.
Sekiranya PAS menyukarkan peluang Amanah, pencalonan Khairuddin Abu Hassan dari Pejuang-GTA boleh menarik undian dari Johari. Namun impak Pejuang dilihat kurang bila dibanding dengan PAS dan impaknya ke atas Khalid.
Dari segi akar umbi, Johari jauh ke depan, dan berasal dari kawasan. Favourite: Johari Ghani

Johari Abdul Ghani
Bekas Menteri Kewangan,
Bekas ahli parlimen Titiwangsa

Dr Rosni Adam
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS.
Dentist

Khalid Samad
Naib presiden Amanah.
Bekas menteri Wilayah Persekutuan.
Bekas MP Shah Alam (2008-2022)

Khairuddin Abu Hassan
Bekas Umno
Penyokong tegar Mahathir Mohamad di Bersatu dan kini di Pejuang
MEDIA SOSIAL CALON
ISU KAWASAN

Pembangunan Kampung Baru
-

Perumahan setinggan Kampung Pandan
-
ANALISA ISU-ISU TEMPATAN
Kampung Baru
Pembangunan Kampung Baru penuh dengan kontroversi. Ada pihak menuduh developer cuba mengambil tanah orang Melayu, dan mengubah rupa dan perwatakan kawasan.
Semua calon untuk kawasan ini perlu mengambil kira perkara ini bukan dari sudut kewangan sahaja, tetapi bagaimana ia dipermainkan sebagai isu maruah orang Melayu.
Setinggan Kampung Pandan
Perumahan setinggan Kampung Pandan sentiasa berterusan, khususnya status milik tanah.
Penduduk disini ada banyak masalah dan
SEJARAH KEPUTUSAN UNDI

FAKTA RINGKAS
