ADS
P121 Lembah Pantai
Terletak di bahagian barat daya Kuala Lumpur dan bersempadanan dengan Negeri Selangor dibahagian barat
Bersebelahan Parlimen Segambut (utara, dipisahkan oleh Jln Damansara) dan Parlimen Seputeh (timur, dipisahkan oleh Jln Tun Sambanthan, Sungai Kelang & Jln Kelang Lama)
Keluasan Kawasan - 20KM Persegi
Bil. Daerah Mengundi - 18
JANGKAAN CALON PRU15
Kerusi lama UMNO
ANALISA
Pertandingan dijangka sengit. Khususnya kalau menjadi pertandingan tiga penjuru melibatkan PKR, Umno dan Bersatu. Kemungkinan Ketua Komunikasi PKR berhadapan bekas pemain bolasepak Kuala Lumpur tapi kini pemimpin akar umbi, ketua bahagian Lembah Pantai dan menteri kewangan yang juga dulu industry captain sebelum ini.
Fahmi Fadzil
Sejak 2008 kemenangan tipis, dimana PKR biasa mengutip sokongan pada di kawasaan urban dan pendapatan tinggi seperti Bangsar Baru, KL Sentral & Federal Hill, tetapi tercabar untuk mendapatkan peratusan sokongan tinggi di Pantai Dalam dan PPR Kerinchi.
Walaupun PAS bertanding pada PRU14, tetapi sejak ada Muafakat Nasional, Lembah Pantai adalah antara kawasan yang mereka akan setuju harus dilepaskan untuk Umno bertanding.
Fahmi adalah Ketua Komunikasi Parti Keadilan Rakyat. Sebelum naik menjadi MP dan pemimpin tinggi parti, dia sebelumnya pegawai khas Nurul Izzah Anwar sejak 2008. Nurul adalah pemegang kerusi ini untuk dua penggal (2008-2013 & 2009-2018) sebelum pindah kerusi ke Pulau Pinang. Oleh itu dia ada banyak pengalaman dan pengetahuan tentang kawasan ini.
Sebelum politik, Fahmi aktif dalam teater dan lakonon, malah pernah cast-member dalam Gol & Gincu Vol 2.
Ramlan Askolani
Ramlan Askolani terang melihat diri sebagai calon dengan mengeluarkan video FB pada Jan 3, 2021 dengan tag “4MP Lembah Pantai”
Dia mengganti Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai ketua bahagian pada 2018. Bekas pemain bolasepak untuk Kuala Lumpur pernah menang Piala Malaysia 1987-89. Pengalaman dia juga lama di kawasan ini, dahulu Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai.
Peniaga yang tidak meluahkan sangat pendapat tentang pentadbiran negara mahupun idea-idea berhubung polisi-polisi. Join twitter June 2020 –
Tengku Zafrul Tengku Aziz
Menteri Kewangan telah meninggalkan dunia korporat dan bertugas sebagai menteri kewangan sejak 2020.
Zafrul sudah lama dalam bidang kewangan, tetapi tidak ada hubungan langsung dalam politik semasa kecuali bertugas dibawah bekas pengerusi TNB dan sekutu rapat bekas PM Najib Razak, Jamaluddin Jarjis.
Sewaktu PRU14, menyanyi lagu menyokong BN bersama sekumpulan CEO-CEO yang mengetuai syarikat-syarikat milik kerajaan.
MEDIA SOSIAL CALON
ISU KAWASAN

PPR Kerinchi
Masyarakat miskin bandar

Bangsar Bubble
Sokongan padu
ANALISA ISU-ISU TEMPATAN
PPR Kerinchi dikatakan kubu terkuat Umno dikerusi. Pembangunan pesat sekeliling lebuhraya New Pantai Expressway dan Persekutuan tidak semesti menguntungkan pekerja-pekerja biasa yang tinggal bergenerasi dikawasan ini. Sejak PKR memenangi kerusi ini pada 2008 dengan Nurul Izzah Anwar secara berperingkat-peringkat pengaruh parti meningkat dikawasan ini. Yang penting dalam pilihan raya ini rakyat tempat menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan 2018-2020 ataupun Perikatan Nasional untuk kemurungan ekonomi bandar Kuala Lumpur.
Sokongan padu Bangsar Bubble
Walaupun kumpulan ini kecil, tetapi akan melakukan group voting berdasarkan samada mereka rasa calon selari dengan pendirian lebih liberal dan progresif. Dari segi ini, Fahmi mempunyai kelebihan disini, sudah 13 tahun bertugas dikawasan ini, dan juga seorang budak kawasan.
SEJARAH KEPUTUSAN UNDI

FAKTA RINGKAS
