P134 Masjid Tanah
Keluasan Kawasan - 325KM Persegi
Bil. Daerah Mengundi - 30

Mas Ermieyati Samsudin
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bandar, Timbalan Ketua Srikandi Bersatu
Ketua Bersatu Masjid Tanah

CALON-CALON PRU15
ANALISA
[DATELINE: 18 November, 2022] Sentimen tidak berubah sangat sejak November 2021 apabila BN menang kesemua lima kerusi DUN dibawah Masjid Tanah, termasuk menumpaskan Mas Ermieyati. Abdul Hakim calon baru tetapi sebagai setiausaha politik ketua menteri mempunyai pengaruh dalam politik negeri. Mas Ermieyati dijangka kalah kepada Abdul Hakim.
[DATELINE: 10, November, 2022]Adakah sentimen November 2021 berterusan, dimana Bersatu kalah besar dalam PRN Melaka, ataupun pilihan calon muda oleh Umno-BN akan memberi tenaga baru kepada parti yang memerintah Melaka? Walaupun Abdul Hakim hanya berusia 36 tahun dan Mas Ermieyati veteran lebih daripada dua puluh tahun di Masjid Tanah, ada banyak perkara yang perlu difaktorkan.
Contohnya, Mas Ermieyati kalah di kerusi Tanjung Bidara di Masjid Tanah, November lepas. Pada masa yang sama, BN memenangi semua kerusi DUN (5) Masjid Tanah. Semua ini adalah petanda yang Bersatu akan menghadapi kekalahan.
Tambahan, Abdul Hakim adalah setiausaha politik ketua menteri Melaka, maka dengan itu kuasa untuk berkhidmat.
Calon MUDA dan Pakatan, Mutalib bukan orang kawasan dan ketua Muda Perak mungkin berhadapan dengan kemungkinan hilang duit pertaruhan. Keputusan untuk bertanding di Masjid Tanah tidak masuk akal kerana MUDA tidak memiliki akar umbi yang secukupnya di kawasan separa terbangun ini. Lebih-lebih lagi mereka menamakan calon yang bertugas di Perak untuk bertanding di Melaka.
Balik kepada mas Ermieyati, nampaknya kejatuhan kerajaan PN pada 2021 diikuti dengan kekalahan di Melaka pada November 2021 telah mengikis kekuatan Bersatu-Perikatan Nasional secara psikologi dan praktikal di Melaka.
Ini akan menjadi cabaran besar untuk Mas Ermieyati yang pada 2013 adalah calon parlimen wanita pertama dari Umno di Melaka. Kini bintangnya mula pudar dan tekanan dah mula nampak.
Walaubagaimanapun, keputusan keluar parti untuk mendapat tempat dalam kerajaan pusat baru membuat ramai di Umno memikirkan yang dia hanya gilakan jawatan dan bukan berkhidmat untuk parti. Pertandingan ini dah mula nampak seperti "Do or Die" untuk karier politik Mas Ermieyati, dan untuk sementara waktu, nampaknya perjalanan Mas Ermieyati di Melaka dalam Bersatu mungkin tamat tidak lama lagi.

Abdul Hakim Abdul Wahid
Ketua Pemuda Umno Masjid Tanah.
36 tahun.
Setiausaha politik ketua Menteri Melaka

Mutalib Uthman
Ketua MUDA Perak

Handrawirawan Abu Bakar
-
MEDIA SOSIAL CALON
SEJARAH KEPUTUSAN UNDI

FAKTA RINGKAS
