ADS
P143 Pagoh
Terletak di bahagian barat Negeri Johor dan bersempadanan dengan Muar di Jalan Pintasan Muar
Bersebalahan Parlimen Ledang (barat, dipisahkan oleh Gunung Ledang dan Sungai Muar) dan Parlimen Bakri (selatan, dipisahkan oleh Bandar Muar)
Keluasan Kawasan - 1,258KM Persegi
Bil. Daerah Mengundi - 47
JANGKAAN CALON PRU15
Kerusi lama UMNO
ANALISA
Besar kemungkinan akan menjadi satu lawan satu.
PAS akan biarkan Bersatu dan Umno menyelesaikan perbalahan penting ini. PKR mungkin untuk tujuan strategik membiarkan Muhyiddin berhadapan dengan seorang lawan sahaja, sambil meminta penyokong Pakatan untuk tidak memaafkan Muhyiddin untuk kejatuhan kerajaan Pakatan pada 2020.
Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia. Tidak pernah ada perdana menteri Malaysia kalah dalam pilihan raya, tetapi ada peluang untuk ini berlaku.
Muhyiddin telah mewakili kawasan ini samada sebagai ADUN, Menteri Besar ataupun ahli parlimen sejak 1978.
Namun kelemahanya mudah, tidak bersama Pakatan dan kini ditentang oleh Umno.
Ismail Mohamed
Ketua Umno Pagoh, dan dulu timbalan kepada Muhyiddin di kawasan ini dan dikalahkan oleh Muhyiddin sewaktu PRU14.
Namun, pada 2018 Umno lemah. Kini, selepas mengambil balik negeri daripada Bersatu, Umno adalah parti paling stabil di Johor.
Ismail pun pernah menjadi ADUN Bukit Serempang (2013-2018), salah satu daripada dua kerusi negeri dalam Pagoh.
Semua ini menunjukkan Ismail dikenali dikawasan dan boleh menghasilkan suatu kejutan besar.
MEDIA SOSIAL CALON
ISU KAWASAN

Pembangunan Ekonomi
N/A
ANALISA ISU-ISU TEMPATAN
Pembangunan Ekonomi
Kuasa Jabatan Perdana Menteri tidak terhingga. Muhyiddin sudah menunjuk taring dengan Zon ekonomi khas Pagoh. Nilai dijangka pembangunan RM1.1 billion, diatas 850 ekar tanah (430 ekar tanah perindustrian dan 420 ekar untuk keusahawanan).
Dua syarikat gergasi tempatan DRB-Hicom dan Sime Darby terlibat dengan pembangunan di kawasan ini.
SEJARAH KEPUTUSAN UNDI

FAKTA RINGKAS
