P26 Ketereh
Keluasan Kawasan - 141KM Persegi
Bil. Daerah Mengundi - 29

Annuar Musa
Bekas Ketua Pehubungan Negeri Kelantan, Menteri Wilayah Persekutuan

CALON-CALON PRU15
ANALISA
[DATELINE: 18, NOVEMBER, 2022] Pertandingan yang akan ditentukan dengan sejauh mana sokongan bekas calon Annuar Musa adalah kepada calon Umno yang menggantikannya. Calon PN dan PH tidak nampak cukup hebat untuk mengalahkan calon sekiranya ada kata sepakat dalam parti untuk Ketereh. Berdasarkan ini sahaja pihak KUASA memilih Marzuani Ardila Ariffin untuk menang di kerusi ini.
[DATELINE: 8 November 2022] Berita paling mengejutkan dan mungkin memberi impak tertinggi adalah penyandang Annuar Musa pertama tidak dinamakan sebagai calon oleh Umno, dan kedua selepas ditolak, Annuar tidak bertanding untuk mana-mana parti lain, khususnya dari Perikatan Nasional.
Memang Kelantan berbeza daripada negeri-negeri lain, dan sekiranya veteran Umno berganding bahu dengan pihak PAS (sebahagian PN) di dalam negeri Kelantan tidak boleh diterima oleh pengundi.
Ini penting, kerana calon Umno-BN Marzuani mengharapkan yang sokongan daripada Annuar kepada dia dan Umno akan membolehkan dirinya menang. Pada 2018 Annuar menang walaupun berhadapan dengan cabaran Bersatu bawah Pakatan dan PAS secara solo.
Calon PN Khlir, seorang bekas mejar-general tentera darat kelahiran Ketereh, tetapi tanpa sejarah politik. Harus diingati Pakatan cuba strategi bekas tentera pada Pilihan Raya ke 13, dengan tiada kejayaan. Pemimpin-pemimpin tentera di Malaysia tidak selalunya mempunyai penyokong diluar lingkungan masyarakat tentera. Pada 2018, calon Bersatu hanya mendapat 12% undi kerusi.
Peluang calon PN untuk menyusahkan calon baru Umno akan bergantung sepenuhnya dengan tahap sokongan PAS.

Hanif Ibrahim
-

Marzuani Ardila Ariffin
Ketua Puteri Umno Ketereh.
Bekas Penyelia Kemas

Mejar Jeneral (B) Khlir Mohd Nor
Bekas Ketua Perisikan Tentera Darat.
Kelahiran Kampung Kubang Kiat, Ketereh.
MEDIA SOSIAL CALON
SEJARAH KEPUTUSAN UNDI

FAKTA RINGKAS
