top of page

P63 Tambun

Terletak di bahagian barat Perak dan bersempadanan dengan negeri Pahang dibahagian barat

Bersebelahan Parlimen Sungai Siput di Utara, Kuala Kangsar di Barat, Gopeng di Selatan, Batu Gajah, Ipoh Timor dan Ipoh Barat di Barat Daya

Keluasan Kawasan - 535KM Persegi

Bil. Daerah Mengundi - 37

Penyandang.jpg
PENYANDANG

Ahmad Faizal Azumu

Timbalan Presiden Bersatu Pribumi, Bekas MB Perak

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
tambun.png

CALON-CALON PRU15

ANALISA

[DATELINE: 18 November, 2022] Empat penjuru, tetapi pertandingan hanyalah antara Peja (Faizal Azumu) dan Anwar Ibrahim. Kerusi campur ini dilihat sebagai match yang baik untuk PKR, dan meletak presiden parti disini adalah satu strategi menarik. Walaupun Peja orang tempatan dan timbalan presiden Bersatu, populariti Anwar akan memastikan kemenangan.

-----------

Ahmad Faizal menang dengan hanya 44% undi di Tambun, dan dengan kehilangan sokongan Pakatan, khususnya DAP, di kawasan dekat dengan Ipoh, sudah pasti akan kalah. Umno masih boleh memenangi kerusi ataupun melepaskan kepada PAS, namun yang memeranjatkan yang DAP mula menyebut bekas exco negeri dan pakar perlembagaan Aziz Bari sebagai calonnya.  

Sukar untuk melihat PKR dan DAP bertembung, tetapi lawan tiga penjuru Bersatu-PKR/DAP-Umno/PAS hampir pasti berlaku.

Kerusi ini memang unpredictable. Hanya yang tentu, Bersatu kalah, kecuali sekiranya Umno kembali menyokong PN.


Ahmad Faizal Azumu
Atau lebih terkenal sebagai Peja terumbang-ambing two tahun lepas. Mula-mula sebagai pemenang tunggal Bersatu di Perak dinobatkan sebagai mentri besar pada 2018 sebelum dilaporkan beliau kurang puas hati dikawal oleh DAP yang memiliki bilangan kerusi terbesar dalam kerajaan Pakatan Harapan Perak. Selepas itu, Peja ikut bersama mereka yang menyokong Muhyiddin Yassin. Seterusnya menjadi MB Perikatan Nasional, sebelum menang jawatan timbalan presiden Bersatu.

Namun, selepas itu pada penghujung 2020, Peja dibuang sebagai MB oleh Umno bersama dengan rakan-rakan lain.

Peja lemah di Tambun dan juga dikerusi Chenderiang, lebih-lebih lagi selepas hilang jawatan MB.


Farhash Salvador Wafa
Ketua perhubungan negeri Perak dan juga pengawai khas presiden parti Anwar Ibrahim.  Pasti bertanding di kerusi negeri dan parlimen, dan kerusi ini ada campuran pengundi yang serasi dengan PKR.

Dalam dua pilihan raya sebelum 2018, calon-calon PKR mendapat sokongan antara 38-44% undi kawasan. Juga, kedua-dua kerusi ADUN Hulu Kinta dan Manjoi dimenangi oleh Pakatan, dengan ketua cabang Tambun Muhamad Arafat Varisai Mahamad juga ADUN Hulu Kinta.

Peluang PKR akan meningkat dengan adanya lawan beberapa penjuru.


Aziz Bari
ADUN Tebing Tinggi, juga merangkap ketua pembangkang Perak. Bekas professor dan pakar undang-undang perlembagaan. 

Calon 1.jpg
PKR-PH

Anwar Ibrahim

Presiden PKR. Ketua Pembangkang Malaysia. Bekas Timbalan Perdana Menteri

    Calon 2.jpg
    UMNO-BN

    Aminuddin Md Hanafiah

    Ketua UMNO Bahagian Tambun

    • Facebook
    Calon 3.jpg
    Pejuang-GTA

    Abdul Rahim Tahir

    Peniaga.
    Dari Pantai Remis

      MEDIA SOSIAL CALON

      SEJARAH KEPUTUSAN UNDI

      Past Result-01.png

      FAKTA RINGKAS

      Quick Fact-01.png

      BACAAN LEBIH

      RUANG DISKUSI

      bottom of page