ADS
P82 Indera Mahkota
Terletak di bahagian Timur Pahang dan bersempadanan dengan negeri Terengganu dibahagian Tenggara
Bersebelahan Parlimen Paya Besar di Barat dan Parlimen Kuantan di Selatan
Keluasan Kawasan - 392KM Persegi
Bil. Daerah Mengundi - 24
JANGKAAN CALON PRU15
Kerusi lama UMNO
ANALISA
Pada 2018, pemenang hanya mendapat 44% undi popular. Sekiranya Umno dan PAS boleh setuju untuk letak seorang calon, pasti menjadi pertandingan antara Umno/PAS dan PKR. Tidak boleh lihat senario mana Saifuddin berjaya.
Saifuddin Abdullah
Menteri Komunikasi dalam Kabinet Muhyiddin. Dijangka mendapat liputan media yang padat, khususnya daripada Bernama, tetapi akankah ini bakal membantu dalam kerusi pantai timur?
Bekas setiausaha-agung Pakatan Harapan dan pemimpin PKR, sebelum keluar parti selepas Langkah Sheraton Februari 2020. Kini ada posisi, tetapi ada tarikan?
Kalah di kampung sendiri, Temerloh pada 2013 selepas menang kali pertama pada 2008. Meletakkan diri sebagai seorang progresif.
Nasruddin Hassan (Tantawi)
Penjinak Saifuddin di Temerloh pada 2013, dan cuba mengulang kejayaan di Indera Mahkota pada 2018 tetapi kalah. Lahir di Terengganu tetapi dibesarkan di Pahang. Ustaz terlatih, juga belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Kalah dalam pilihan raya parti untuk jawatan naib-presiden tetapi masih dalam jawatankerja pusat PAS. Mula pudar sikit reputasi Nasruddin dari masa dulu sebagai ketua pemuda dengan suara lantang.
Berhadapan dengan Saifuddin untuk kali ketiga, selepas di Temerloh 2013 dan Indera Mahkota 2018 (skor seri 1-1)?
Johan Mat Sah
Calon akar-umbi yang dikenali dikawasan sebagai Dr Rakyat kerana sering menawarkan rawatan percuma kepada penduduk Indera Mahkota.
Fauzi Abdul Rahman
Ahli Parlimen 2013-2018 yang terpaksa memberi jalan ke Saifuddin pada 2018, dan bertanding tanpa harapan di Sungai Lembing.
Dilihat sebagai setia kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim dan dengan pengalaman satu penggal akan pasti menjadi calon dengan kemungkinan untuk berjaya.
MEDIA SOSIAL CALON
ISU KAWASAN

N/A
N/A
ANALISA ISU-ISU TEMPATAN
N/A
SEJARAH KEPUTUSAN UNDI

FAKTA RINGKAS
