ADS

P44 Permatang Pauh

*

*

Keluasan Kawasan - 98KM Persegi

Bil. Daerah Mengundi - 28

Penyandang.png
PENYANDANG

Nurul Izzah Anwar

Naib-presiden PKR,
Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
permatang pauh.png

JANGKAAN CALON PRU15

Kerusi lama UMNO

ANALISA

Adakah Izzah akan bertanding?

Keluarga Anwar Ibrahim telah memegang kerusi Permatang Pauh, yang sebelumnya Seberang Tengah untuk dari 1959-1969 (Ibrahim Abdul Rahman, ayah Anwar) dan 1982-2021 (Anwar, Wan Azizah Wan Ismail dan kini anak sulung, Izzah).

Kalau macam itu, tidak perlu risau tentang memenangi kerusi? Tidak semestinya. Nurul Izzah hanya memenangi 51% undi pada 2018 mengatasi calon Umno dan PAS yang mendapat lebih daripada 48% undi bila dicampur. Oleh kerana itu, sekiranya brand Anwar dan keluarga semakin pudar, ada kemungkinan kejutan akan berlaku. Tidak pernah sebelum ini PAS dan Umno bekerjasama untuk mengalahkan dinasti ini.


Nurul Izzah Anwar

Naib-presiden yang sentiasa dilihat sebagai Puteri Reformasi untuk mereka-mereka yang melalui era pemecatan Anwar Ibrahim dari Umno pada 1998. Izzah muncul semula pada 2008 apabila memenangi kerusi Lembah Pantai dan mengekalkan kerusi pada 2013. Prestasi sokongannya juga tinggi dalam semua pilihan raya parti.

Namun, masalahnya ramai menyoal samada dia masih teringin untuk meneruskan karier politiknya selepas mula hilang dari pandangan politik nasional pada awal 2019.  

Pada masa yang sama ada bisikan yang Nurul Izzah akan kembali ke Lembah Kelang dan bertanding samada di Gombak, mahupun Ampang.  


Mohd Zaidi Mohd Said

Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh, dia memberi imej “homegrown” berbanding dengan keluarga Anwar yang lebih dilihat sebagai berpusat di Kuala Lumpur.  

Dia kalah pada 2018. Tetapi sokongan padu daripada akar umbi Umno Permatang Pauh bersama dengan sokongan PAS boleh meletakkan dia sebagai “dark horse”


Afif Bahardin

Salah seorang daripada protégé Azmin Ali. Bekas timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan.

Tidak ada cara yang lebih baik untuk puak ex-PKR dalam Bersatu bawah Azmin Ali untuk mendapat balas dendam daripada membantu mengalahkan keluarga Anwar di tempat tradisi mereka.

Afif adalah ADUN penggal kedua Seberang Jaya, salah satu kerusi negeri dalam Permatang Pauh. Dia juga pernah menjadi Exco dalam kerajaan Pulau Pinang untuk pertanian dan pembangunan luar bandar, bermaksud, Afif sudah lama berkhidmat dan membantu mereka-mereka di Permatang Pauh. Sekiranya Afif memecah sokongan PKR dikawasan, peluang untuk Izzah akan menjadi lebih sukar.

Calon 1.png
UMNO

Mohd Zaidi Mohd Said

Ketua Umno Permatang Pauh

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Calon 2.png
BERSATU

Afif Bahardin

Pengerak Komuniti Negara,
ADUN Seberang Jaya

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

MEDIA SOSIAL CALON

ISU KAWASAN

Issue 1.jpg

N/A

N/A

ANALISA ISU-ISU TEMPATAN

N/A

SEJARAH KEPUTUSAN UNDI

Past Result-01.png

FAKTA RINGKAS

Quick Fact-01.png

BACAAN LEBIH

RUANG DISKUSI