ADS
P98 Gombak
Terletak di bahagian timur laut Negeri Selangor dan bersempadanan dengan Negeri Pahang di Lebuhraya Karak
Bersebelahan Parlimen Selayang (barat, dipisahkan oleh Bandar Selayang) dan Parlimen Ampang (selatan, dipisahkan oleh Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa)
Keluasan Kawasan - 265KM Persegi
Bil. Daerah Mengundi - 47
JANGKAAN CALON PRU15
Kerusi lama UMNO
ANALISA
Sekiranya Perikatan Nasional gagal menarik cukup rakan-rakan parti lain untuk membantu mereka, peluang Azmin kali ini mungkin tipis. Pertandingan di Gombak dijangka antara paling hangat di negara.
Azmin Ali
Penyandang tiga penggal, tetapi kini sebagai calon Bersatu Azmin terpaksa harapkan “pasukan melompat Selangor” boleh menawarkan cukup sokongan sebagai calon Bersatu. Azmin mengetuai PKR Selangor untuk lebih daripada dua puluh tahun, dan juga bekas Menteri Besar selama empat tahun.
Namun selepas keluar daripada PKR, kerajaan Selangor bawah PKR masih stabil. Pilihan raya ini akan menunjukkan sejauh mana “Azmin Factor” ada tarikan di negeri Selangor.
Amiruddin Shari
Menteri Besar dan sudah tiga penggal ADUN di kerusi Sungai Tua (sebelum ini dipanggil Batu Caves) dan salah satu dari tiga kerusi negeri dalam kawasan parlimen Gombak.
Bersama pengalaman dalam kawasan dan juga status sebagai menteri besar, Amiruddin ada peluang besar untuk mengalahkan Azmin kali ini.
Ada pihak yang mengatakan Amiruddin akan cuba mengelak daripada melawan sifu politik beliau, tetapi Presiden PKR Anwar Ibrahim mungkin akan mendesak juga Amiruddin untuk bertanding.
Megat Zulkarnain Omardin
Dilihat mesej daripada Ketua Bahagian Umno Gombak adalah untuk utamakan akar umbi. Sekiranya PAS masih dengan Umno, maka melihat undi pilihan raya lepas, Umno campur PAS boleh mengutip lebih daripada 36% undi, dan sekiranya lebih ramai pengundi Umno keluar para PRU15 dan Umno dapat 40%, ini mungkin cukup untuk menang tipis di kerusi ini.
MEDIA SOSIAL CALON
ISU KAWASAN

ECRL Gombak
Kos projek meningkat jadi RM50 billion
ANALISA ISU-ISU TEMPATAN
ECRL Gombak
Menteri Pengangkutan mengumumkan pada 5 April yang jajaran untuk ECRL (East Coast Railway Line) kembali ke Gombak dari perancangan kerajaan Pakatan Harapan untuk menggerak trek ke Negeri Sembilan.
Perubahan ini akan membawa pembangunan pesat ke kawasan Gombak, dan Azmin boleh menggunakan ini sebagai hujah pilihan raya, menunjukkan peranannya membawa kemajuan ke kawasan ini.
SEJARAH KEPUTUSAN UNDI

FAKTA RINGKAS
