P99 Ampang
Terletak di bahagian timur Negeri Selangor dan bersempadanan dengan Kuala Lumpur di Jalan Ampang
Bersebelahan Parlimen Pandan (selatan, dipisahkan oleh Kg Pandan dan Pandan Indah) dan Parlimen Hulu Langat (timur, dipisahkan oleh Bukit Langat)
Keluasan Kawasan - 51KM Persegi
Bil. Daerah Mengundi - 37
CALON-CALON PRU15
ANALISA
[DATELINE: 17 NOVEMBER, 2022] Berpihak kepada Rodziah Ismail (PKR-PH). Semua usaha Zuraida Kamaruddin (penyandang MP sejak 2008) untuk memastikan partinya (PBM) diterima oleh BN gagal. Tidak ada kata sepakat dalam PBM dengan adanya perbalahan antara Zuraida dan presiden Larry Sng. Zuraida terpaksa bergantung kepada jentera yang dipenuhi oleh penyokong-penyokong tegar tempatannya.
Low, Sasha Lyna dan Bryan Lai tidak berjaya untuk memimpin dalam mana-mana perkara yang menjadi perbualan masyarakat di Ampang pada masa ini. Selalu disebut adalah masalah parking, tetapi tidak begitu menyerlah isunya.
Rodziah dan jentera PKR di Ampang akan memastikan kejayaan dengan majoriti mudah.
[DATELINE: 6 NOVEMBER, 2022] Ditandingi oleh sembilan calon. Penyandang, Zuraida Kamaruddin (kini bersama PBM-Parti Bangsa Malaysia) akan berhadapan dengan Rodziah Ismail (PKR-Pakatan), Ivonne Low (MCA-BN), Sasha Lyna Abdul Latif (Bersatu-Perikatan Nasional) dan Bryan Lai (Warisan)
Ini menimbulkan soalan mudah. Adakah Zuraida sebagai calon parti baru dan tanpa akar umbi mengatasi semua lawan, termasuk dari bekas parti, PKR? Berdasarkan rekod perkhidmatan 12 tahun di Ampang?
Rodziah dan Zuraida mempunyai hubungan lama. Rodziah dahulunya timbalan kepada Zuraida dalam sayap wanita PKR, sebelum mencabarnya di pemilihan parti 2014. Zuraida menang dan seterusnya bertanding secara berjaya untuk menjadi naib presiden PKR pada 2018. Tahun ini Rodziah kalah kepada Fadhlina Sidek dalam pertandingan sayap wanita PKR.
Rekod Rodziah adalah sebagai exco Selangor dua penggal dan ADUN Batu Tiga di Dewan Undangan Negeri Selangor selama tiga penggal. Bolehkah Rodziah akhirnya menumpaskan Zuraida?
Ivonne Low muda dan menghadapi pilihan raya pertama. Graduan undang-undang dari kolej swasta tempatan menjadi terkenal apabila membuat beberapa kenyataan keras berhubung warga asing di Malaysia. Yang boleh menyelamatkannya adalah sokongan tekad untuk Barisan Nasional dan bukan untuk dirinya dalam pertandingan ini.
Sasha Lyna pernah bertugas sebagai pegawai Latifah Koya sewaktu beliau mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Peguam dan pernah berkhidmat di Lawyers for Liberty. Latarbelakangnya memberinya peluang untuk menarik sokongan daripada pengundi klas pertengahan Ampang.
Bryan Lai adalah ADUN Teratai yang keluar dari DAP pada 2021 dan pengatur utama perkembangan parti Warisan dari Sabah di Selangor. Kurang diketahui mengenai strategi Warisan untuk mendapat sokongan. Lai dari kerusi yang bersebelahan dengan Ampang tetapi ini bukan faktor yang akan semestinya meningkatkan bilangan sokongan untuknya.
Pada masa ini (4 November, 2022), pertandingan ini terlalu terbuka untuk ditentukan. Ada kemungkinan besar pemenang hanya mendapat bawah 35% jumlah undi yang dibuang pada hari pengundian 19, November 2022.

Rodziah Ismail
Bekas Exco Selangor.
Bekas 3 penggal ADUN Batu Tiga, Selangor.
Graduate UiTM

Brian Lai Wai Chong
ADUN Teratai, Selangor

Muhammad Shafiq
-

Ivone Low Yi Wen
Ketua Beliawanis MCA.
Mengambil kursus undang-undang

Nurul Ashikin Mabahwi
-

Tan Hua Meng
-

Sasha Lyna Abdul Latif
Peguam.
Bekas penasihat undang-undang SPRM.
Graduan UIA & UiTM

Raveendra Marnokaran
-
MEDIA SOSIAL CALON
SEJARAH KEPUTUSAN UNDI

FAKTA RINGKAS
