top of page
Cari
  • Gambar pengarangSharizal Shaarani

20 Kerusi Panas — Pelancaran Laman Web Pemantau Pertandingan-Pertandingan Utama PRU15

APRIL 12, 2021

KENYATAAN MEDIA

20 Kerusi Panas — Pelancaran Laman Web Pemantau Pertandingan-Pertandingan Utama PRU15


Selalu rakyat Malaysia tidak sedar siapakah antara calon-calon untuk kawasan pilihan raya mereka, sehingga selepas Hari Penamaan Calon. Oleh kerana itu, mereka hanya mendapat secara purata 8 ke 10 hari sebelum Hari Mengundi. Secara keseluruhan, mereka hanya diberi masa yang terlalu singkat untuk memilih calon mana yang paling berwibawa, untuk mewakili mereka di Parlimen.


Kengkangan maklumat ini mengancam salah satu prinsip demokrasi yang penting, kebolehan pengundi untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang secukupnya. Maklumat awal dan relevan juga meningkatkan kuasa pengundi untuk memberi maklumbalas kepada parti-parti berhubung calon-calon yang bakal dinamakan.


Laman web ini berguna untuk ahli-ahli parti-parti politik, sebab biasanya parti-parti tidak menghebohkan perbincangan calon dan kerusi dalam parti dan antara parti-parti. Sekarang mereka boleh tahu apakah yang sedang ditentukan oleh pucuk pimpinan.


Laman Web KUASA akan menjejak 20 pertandingan untuk kerusi parlimen, info yang dikeluarkan termasuk:

  • Info tentang kerusi

  • Info tentang pertandingan PRU sebelum

  • Info tentang calon-calon yang ada peluang dipilih mahupun yang telah di tentukan berdasarkan berita dan maklumat dari sumber-sumber parti. Info-info ini akan sentiasa dikemaskini, supaya mencerminkan perubahan-perubahan dan pengumuman-pengumuman.

  • Info tentang isu-isu tempatan khusus untuk kerusi-kerusi. Maklumat ini pun akan dikemaskini.

  • Mengikut media sosial setiap calon.

  • Semua link yang memberitahu lebih banyak maklumat berkenaan calon-calon, parti-parti dan segala perkara-perkara berkaitan dengan pertandingan.

KUASA akan terus mengutip maklumat secara berterusan daripada parti-parti, kumpulan/persatuan seperti jawatankuasa kampung dan persatuan penduduk, dan juga rakyat biasa.


Media boleh menggunakan maklumat-maklumat yang ada di laman web sebagai sumber sekiranya sesuai digunakan.


Beberapa perkembangan menarik:

P.98 Gombak: Azmin Ali akan berhadapan dengan calon-calon dari Umno dan PKR. Ada spekulasi yang Mentri Besar Amiruddin Shari akan bertanding di Gombak.


P.143 Pagoh: Dengan perbalahan Umno dan Bersatu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berhadapan dengan ujian besar, dimana Umno akan kemungkinan mencalonkan Ketua Umno Pagoh, Ismail Mohamed. Menarik, Ismail dahulunya timbalan kepada Muhyiddin.


P.121 Lembah Pantai: Ketu Komunikasi PKR Fahmi Fadzil akan berhadapan dengan dua pencabar; bekas pemain bolasepak profesional, Ramlan Askolani, yang juga Ketua Umno Lembah Pantai; dan pencabar kedua Tengku Zafrul Tengku Aziz — menteri kewangan dan personaliti korporat sebelum ini.


Program kejar katak. Umno dan PKR akan cuba sedaya-upaya untuk menumpaskan semua ahli mereka yang menang menggunakan nama baik parti mereka sebelum keluar parti ke Bersatu. Tujuh daripada dua puluh kerusi yang disenaraikan masuk dalam kategori ini. Balas dendam menjadi keutamaan.


Pertandingan banyak penjuru akan menjadi kebiasaan dalam PRU15


Projek pada peringkat permulaan hanya melibatkan 20 kerusi oleh kerana dana KUASA agak terhad. Ada potensi untuk meningkatkan bilangan kerusi untuk dipantau, dalam masa akan dating, termasuk kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak. Laman web ini dalam Bahasa Melayu sahaja untuk masa ini, dan seksyen Bahasa Inggeris akan ditambah kemudian.


Pada masa ini projek ini ditanggung sendiri dan KUASA kini mencari sokongan secara “crowdfund”. Sumbangan boleh dibuat kepada Persatuan KUASA, untuk membantu kami meningkatkan kapasiti projek dan membantu berjuta-juta rakyat Malaysia membuat keputusan bijak di bilik pengundi apabila PRU15 tiba.


Maklumat akaun:

CIMB

Nama akaun: PERTUBUHAN KEBANGKITAN USAHA ANGKAT SUARA AWAM

No akaun: 8010712429


Kenyataan ini disediakan oleh jawatankuasa Persatuan KUASA.


Untuk maklumat ataupun pencerahan seterusnya, sila hubungi Praba Ganesan melalui nombor mobil 013 3939484.


24 lihatan0 komen
bottom of page