Sharizal Shaarani
INFO PRU15 Kini LIVE: Lembah Pantai, Larut, Gombak dan Indera Mahkota Antara 20 Kerusi Panas
14 April, 2021
KENYATAAN MEDIA
INFO PRU15 Kini LIVE: Lembah Pantai, Larut, Gombak dan Indera Mahkota Antara 20 Kerusi Panas
Projek KUASA memantau pertandingan kerusi-kerusi panas (https://www.mykuasa.org/pru15) yang dilancarkan Isnin (12 April) lalu kini LIVE.
Sila layari.
Antara spekulasi-spekulasi secara ringkas (Untuk analisa penuh sila rujuk kepada laman web):
Pagoh: Kerusi Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin tidak selamat. Mereka yang digelar pengundi Pagoh, berjumlah lebih daripada 50,000, perlu membuat keputusan rumit. Besar kemungkinan Muhyiddin akan berhadapan dengan Ketua Umno Pagoh Ismail Mohamed sekali lagi selepas 2018, tetapi situasi jauh berbeza sekarang. Sudah pasti penyokong-penyokong Pakatan dan Umno sedia menunggu untuk bertindak menumbang lawan utama dan majoriti 6,000 lebih Muhyiddin lebih rapuh dari mana ramai orang jangka.
Gombak: Sudah pasti PKR akan menggunakan Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari untuk mengalahkan penyandang kerusi tiga kali berturut-turut, Menteri Perdagangan Antarabangsa, Azmin Ali. Yang menguatkan hujah ini, Amiruddin pun sudah ADUN tiga penggal berturut-turut untuk kerusi Sungai Tua (sebelum ini dikenali sebagai Batu Caves) salah satu daripada tiga kerusi dalam Parlimen Gombak.
Lembah Pantai: Fahmi Fadzil, nampaknya akan berdepan dengan Ketua Umno Lembah Pantai Ramlan Askolani. Selepas dua kali gagal menang (2013 dan 2018), Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin melepaskan jawatan ketua bahagian, dan ini membawa ke depan seorang pemimpin akar-umbi seperti Ramlan. Namun, pada masa yang masa ada desas-desus yang nama Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Aziz dikemukakan sebagai calon untuk Bersatu bagi kerusi Lembah Pantai.
Titiwangsa: Menteri Wanita dan Keluarga Rinoa Haron mungkin tarik diri dari pertembungan ini dan membiarkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal untuk menyahut cabaran, untuk bertanding dengan bekas menteri kewangan Johari Abdul Ghani. Dalam kem Pakatan, Amanah akan diberi peluang untuk berjuang untuk kerusi ini.
Larut: Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin antara sasaran utama Umno. Perak Menteri Besar Saarani Mohammad pada masa ini pemangku Ketua Umno Larut. Ini berlaku sebab Hamzah meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu. Tanggungjawab untuk melaksanakan perkara ini nampaknya di atas bahu Timbalan Ketua Umno Larut Muhammad Amin Zakaria yang juga merangkap ADUN Batu Kurau (yang terletak dalam Larut). Larut adalah peluang besar untuk Umno mengajar Bersatu suatu pengajaran berhubung kesetiaan.
Indera Mahkota: Tempoh penguasaan kerusi oleh PKR selama tiga penggal dikacau apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah lari ke Bersatu. Saifuddin akan mempertahankan kerusi ini, tetapi kedua-dua calon yang ditewaskan pada 2018 tunggu untuk perlawanan semula —Nasruddin Hasan dari PAS dan Johan Mat Sah dari Umno. Samada PAS memberi jalan kepada Bersatu ataupun Umno akan memberi impak besar kepada keputusan pertandingan ini. PKR masih akan bertanding, dan mungkin akan membawa balik Fauzi Abdul Rahman, pemenang 2013 yang terpaksa memberi jalan kepada Saifuddin.
Pihak media boleh melihat semua analisa penuh 20 kerusi ini di website kami. Semua maklumat akan dikemaskini berdasarkan perkembangan.
Niat KUASA adalah untuk meluaskan lipuatan untuk pilihan raya akan datang tetapi perlu akur dengan had sumber yang dimiliki oleh persatuan. Ini adalah tahun ketujuh KUASA telah menjayakan program-program pendidikan dan outreach demokrasi. Segala bantuan daripada masyarakat umum sangat dihargai.
Semua sumbangan kepada projek boleh dibuat kepada:
Bank: CIMB
Nama Akaun: PERTUBUHAN KEBANGKITAN USAHA ANGKAT SUARA AWAM
Nombor akaun: 8010712429
Rujukan: Info PRU15
Semua kos operasi dan kutipan derma akan direkod secara telus dan terbuka.
Kenyataan ini disediakan oleh jawatankuasa Persatuan KUASA
Untuk maklumat seterusnya sila hubungi Praba Ganesan 013 3939484 ataupun email team@mykuasa.org.