top of page
Cari
  • Writer's pictureSharizal Shaarani

Pemilik Ijazah Palsu Marzuki Yahya Perlu Letak Jawatan

KENYATAAN MEDIA

8 FEBRUARI, 2019


PEMILIK IJAZAH PALSU MARZUKI YAHYA PERLU LETAK JAWATAN


Marzuki Yahya harus meletak jawatan sebagai timbalan menteri luar negara, dan sekiranya enggan berbuat demikian, perdana menteri perlu bertindak dan singkirkannya dari kerajaannya.


Kemunculan maklumat berkenaan kelulusan Marzuki dari kolej palsu, Cambridge International University, memburukkan imej kerajaan Malaysia, dan pada masa yang sama mengkrompomikan integriti kerajaan.


Marzuki secara sedar menawarkan info tidak telus kepada rakyat Malaysia apabila beliau berjanji sebelum ini untuk membuktikan yang beliau memiliki ijazah daripada Universiti Cambridge, United Kingdom. Kemudian beliau menukar cerita yang sebenarnya kelulusannya adalah daripada satu pertubuhan yang beroperasi melalui laman web.


Sebagai pemimpin nombor dua di Wisma Putra, Marzuki adalah antara mereka yang berperanan sebagai wakil-wakil utama negara di pentas dunia. Perkembangan buruk berhubung kelulusannya akan menghantar mesej negative berkenaan proses reformasi dan pembaharuan di negara pada masa ini.


Dalam masa depan, apabila terbongkar lebih banyak maklumat berkenaan isu ini, martabat kerajaan Malaysia akan terus tergugat.


Perdana Menteri Mahathir Mohamad perlu bertanggungjawab dalam hal ini, khususnya sebab Marzuki adalah dari parti perdana menteri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).


Ahli-ahli parlimen “backbenchers” Pakatan Harapan perlu meneliti perkara ini dan membuat kenyataan berhubungnya. Sewaktu mereka masih pembangkang, mereka bertungkus-lumus mengkritik menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri yang memiliki kelulusan yang mencurigai. Adakah sekarang mereka boleh terima perkembangan berhubung Marzuki oleh kerana beliau dari Pakatan Harapan?


Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan juga perlu menyokong usul untuk meminta Marzuki letak jawatan. Sekiranya tidak, akan nampak sangat yang Pakatan Harapan mendapat layanan berbeza berbanding Barisan Nasional.


Perkara pokok dalam isu ini adalah perdana menteri mesti bertindak.


Praba Ganesan,

Ketua Eksekutif

KUASA

(telefon bimbit: 013-393 94 84)


10 lihatan0 komen
bottom of page