top of page
Cari
  • Gambar pengarangSharizal Shaarani

Sejauh Mana Menteri Maszlee Malik Membenarkan Politik Pembangkang (Bukan PH) Dalam Kampus

5 FEBRUARI, 2019

KENYATAAN MEDIA


SEJAUH MANA MENTERI MASZLEE MALIK MEMBENARKAN POLITIK PEMBANGKANG (BUKAN PAKATAN HARAPAN) DALAM KAMPUS-KAMPUS MALAYSIA?


Keputusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menolak kehadiran rasmi bekas perdana menteri Najib Razak di kampus induk Bangi pada 22 Februari sangat dikesali.

Memang disyaki langkah membatalkan lawatan Najib adalah kerana beliau sekarang bergelar pembangkang pada masa ini. Kalau lawatan ini berlaku setahun dahulu, semasa Barisan Nasional masih berkuasa, UKM pasti sudah mengalu-alukan kehadiran Najib dengan penyertaan penuh kepimpinan universiti.


Oleh kerana itu, Menteri Pelajaran Maszlee Malik perlu mengambil peluang ini untuk menawarkan pencerahan berkenaan posisi kerajaan Malaysia berhubung university-universiti awam dalam dua perkara berikut; a) Boleh atau tidak ahli-ahli politik selain daripada Pakatan Harapan bebas menghadiri majlis-majlis di mana-mana kampus apabila dijemput oleh persatuan-persatuan pelajar; dan b) Boleh atau tidak perbincangan politik secara terbuka dianjurkan dalam kampus-kampus melalui program-program forum, debat dan kaji selidik?

Jawapan menteri boleh memberi keselesaan kepada pentadbir-pentadbir university apabila mereka menghadapi jemputan-jemputan sebegini dalam masa akan datang, dan juga memaklumkan kepada 1.4 juta pelajar menara gading di Malaysia apakah sebenarnya keluasan ruang politik yang boleh diluluskan dalam kampus mereka.


KUASA juga meneliti yang ramai pejuang hak-hak asasi dan kebebasan bersuara kurang mengambil tahu tentang perkembangan ini. Sebelum ini, sewaktu pentadbiran Barisan Nasional/Umno, setiap kali ahli-ahli politik Pakatan dilarang masuk kampus, hampir semua NGO-NGO memperjuangkan hak-hak demokrasi mengutuk kerajaan kerana enggan bertolak-ansur.


Malangnya, kini apabila layanan buruk diterima oleh ahli-ahli politik bukan dari Pakatan tiada sokongan daripada masyarakat sivil.


Namun, perkara paling penting untuk masa ini adalah jawapan daripada menteri pelajaran.

Penerangan daripada Maszlee akan memberitahu sejauh mana keterbukaan politik wujud dalam Malaysia Baharu.

Praba Ganesan

Ketua eksekutif

KUASA

(mobile 013 393 94 84)

6 lihatan0 komen
bottom of page