top of page
Home
logo kuasa-13.png

KUASA (atau Persatuan Kebangkitan Usaha Angkat Suara Awam) ialah sebuah persatuan yang bertaraf kebangsaan yang mendidik rakyat Malaysia untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara pengendalian kerajaan dengan tujuan memastikan ‘check and balance’ di laksanakan untuk memelihara kepentingan semua rakyat Malaysia tidak kira parti politik yang memerintah kerajaan. Kerja-kerja bertumpu terhadap penglibatan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dalam isu-isu di hadapi rakyat Malaysia, dan pendidikan kepada masyarakat mengenai implikasi cadangan yang di buat oleh kerajaan.

Sekiranya anda ingin membuat sumbangan kepada projek InfoPRU15:

PERTUBUHAN KEBANGKITAN USAHA ANGKAT SUARA AWAM (CIMB - 8010712429)

OBJEKTIF

Untuk memperkasakan mana-mana kumpulan, parti, individu ataupun ahli politik yang ingin menjadi agen perubahan. Ia boleh dilaksanakan melalui penyampaian mesej, hubungan awam dan penggunaan efektif media sosial.

KUASA percaya kebanyakan kumpulan, parti, individu mahupun ahli politik hanya bergantung kepada usaha-usaha yang sedia ada untuk mendapatkan sokongan. Namun, mereka perlu menjana usaha yang lebih aktif untuk memantapkannya.

Media sosial akan adalah kunci asas bagi KUASA untuk menjadi pemangkin pengaktikfan usaha mereka untuk mendapatkan sokongan. Kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan media sosial, namun hanya segelintir daripada mereka dapat memaksimakan penggunaanya bagi mencapai sesuatu matlamat.

Dengan membantu kumpulan-kumpulan tersebut, KUASA dapat memperluaskan tapak bagi mereka yang ingin membawa perubahan supaya masa hadapan akan menjadi lebih cerah dan lebih ramai akan merasai perubahan.

KUASA ialah sebuah badan demokrasi yang melibatkan diri dalam politik dan bertujuan untuk memudahkan, menggalakkan dan memaknakan pembuatan sesuatu polisi.

KUASA bukan singkatan, KUASA hanya KUASA yang wujud dalam tangan rakyat.

Halftone Image of Crowd

KERUSI PANAS!

Kengkangan maklumat mengancam salah satu prinsip demokrasi yang penting, kebolehan pengundi untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang secukupnya. Maklumat awal dan relevan juga meningkatkan kuasa pengundi untuk memberi maklumbalas kepada parti-parti berhubung calon-calon yang bakal dinamakan.

Klik butang dibawah untuk melihat 20 KERUSI PANAS menjelang PRU15

Objektif
Exco

TEAM KAMI

Praba%20Ganesan_edited.jpg

Praba Ganesan

Pengerusi dan seorang kosultan media. Kolumn mingguan di Malay Mail.

Anak kelahiran Selangor yang membesar di Batu 9, Cheras. Pendidikan awal di Victoria Institution, kemudian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan De La Salle University, Manila.

Sharizal%20Shaarani_edited.jpg

Sharizal Shaarani

Timbalan Pengerusi dan seorang usahawan impak sosial, digital dan teknologi pertanian. Giat dalam program program sokongan dasar-dasar (ETP, SPV2030) dan NGO yang lain seperti Institut Masa Depan Malaysia (Felo) dan KL Society (Timbalan Pengerusi).

Pendidikan sebagai jurutera dalam Electronics & Control Engineering dari University of Birmingham UK.

Wong%20Swee%20Weng_edited.jpg

Wong Swee Weng

Bendahari dan seorang CEO di sebuah syarikat teknologi dengan kepakaran persaduan sistem serta pengedaran produk dan perkhidmatan di dalam industri pengurusan aset dan kemudahan.

Pendidikan awal dari Victoria Institution.

PARTNERS

Jom kenal rantaian rakan kongsi KUASA

Partners
Hubungi Kami
bottom of page